Rss

Forex Februari 2013

Salam,

Sepanjang Januari, saya dah mula berkecimpung dalam dunia forex.

Dan banyak turun berbanding naik. Biasa lah itu, adat.

Tetapi pada minggu ini, berbekalkan beberapa signal dari seseorang ini, saya berjaya merangkul banyak pips (profits)

Screen shot:

Forex ScreenShot

Forex ScreenShot

Selamat Tahun Baru Cina 2013

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada mereka yang menyambut perayaan ini.

Sebagai seorang insan yang hidup di negara yang berbilang kaum ini, tergerak hati saya bahawa indahnya dunia Malaysia ini.

 

Kita terbahagi kepada 3 kaum yang besar dan diikuti pula dengan kaum etnik dan sub etnik atau bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Maka kita semua mempunyai pelbagai perayaan dan perlulah kita menghormati perayaan masing-masing. Marilah kita bertolak ansur.

 

“Sepakat Membawa Berkat”

Inilah satu peribahasa yang sangat kuat, jika kita semua mempunyai satu kata yang membawa sepakat. Daripada “sepakat” inilah

membuktikan kepada keberhasilannya iaitu berkat.

Fuh.. Penat betul hari ini

Salam,

Hari nih betul penat… Kerja datang segedebuk jatuh kat muka aku.. haha.

Dah lar salah masuk kelas tadi hehe. Makin jadi kebiasaan pula salah masuk kelas.. Banyak sangat kerja tuh..

Dah habis kelas semua, sambung pulak mesyuarat tadi, sampai tertido-tido layan aircond baru kat situ.. Sejuk .. sedap betul.

 

So, petang tadi melepak-lepak jap gi makan, nom nom nom nom. Dah kenyang, balik tempat kerja and then sambung buat kerja sampai ler ke sudah nih. Tak habis-habis lagi kerja.. Kera betul. haha So, Sambil buat kerja sambil dengar lagu kat youtube.. dengar lagu-lagu santai jer…

Layan lar korang ek… nak sambung buat satu lagi kerja yang tengah pending untuk minggu hadapan…

Chai yok!

Tengok wayang!

Salam,

Baru balik dari tengok wayang.. dah lama sangat tak tengok wayang… tambah lak STRESS jer memanjang..

Mana tak stressnya, kerja banyak.. sampai nak fikir pon tak larat dah…

apa-apa pon tadi tengok cerita nih.

 

 

 

Universal Soldier 4 – Day of Reckoning.

 

Huhu, Ceritanya agak Slow~~~. Habis pop corn aku makan haha. Dia build up cerita tuh dari slow makin ke laju.

Tapi tak dapat impak maksima nyer. Agak rugi lar diorang buat cerita macam nih. Cerita nih, untuk 18 tahun ke atas. Memula aku ingatkan aahh, citer nih ganas biasa jer… sekali agak ngeri gak ar hahaha. Memang patut pon letak 18 tahun ke atas.

So far, citer nyer macam lari skit dari no.3, tapi nampaknya macam bersebab, rasanya macam ada sambungan lagi.. Tak tau lar kan, Nampak gaya macam ada jer..

Sementara menunggu cerita tuh start, ada lar beberapa preview trailer keluar dulu… cerita-cerita yang bakal keluar…

Ini salah satunya:

Hansel & Gretel: Witch Hunter

Wow, agak menarik cerita nih.. pasti akan ku tunggu-tunggu. haha

Cerita nih fiction dan diextended kan daripada cerita buku kanak-kanak kepada cerita action thriller dewasa.

Tambah plak, pelakon lelaki tuh sape tah namanya (Hawkeye dalam Avengers) berlakon. Awek tuh pon leh tahan gak (kui kui kui)

Habis tengok wayang, straight balik rumah…

Orait, itu jer untuk hari ini.. Bobai!

Misi meneruskan USD1 Sehari

salam,

hui, dah lama sangat tak update blog nih… kalo tak update mmg rugi jer ler bayar hosting ngan domain kan?

So lebih baik aku updatekan blog ini.

Nak cuba update tetiap hari… baru meaningful skit blog nih. haha~~

 

So, first sekali nak cerita pasal misi meneruskan USD 1 sehari nih, dari dulu lagi nak buat benda nih..

tapi asik sangkut jer memanjang.. maklum lah, bukannya jenis penyabar dalam bab-bab online nih…

kalo bab offline boleh sabar jer memanjang. Tapi dengan online nih nak cepat jer memanjang…. haha tuh yang agak susah skit.

 

So, Cuti sekolah dah nak dekat, jadi banyak skit ler masa terluang depan komputer nih (padahal setiap hari dok layan komputer..)

Mana taknya, main game, tgk youtube dan macam-macam lagi. hehe

 

So tentang misi nih, 1 benda yang dah ongoing, dan beberapa benda yang baru nak start.

Yang dah ongoing:

  • Paid to click – Vilvin

Leh tgk screen shot nih

vilvin

 

Setakat nih, selepas upgrade kepada PREMIUM dan RENT 50 Referral yang berkos kan lebih kurang USD50

6 hari baru dapat = USD8.00, takper lar, kira ok lar tuh, nanti sebelum extend referral nih, akan angkut lagi 50-100 referral, dan pilih referral yang bagus2 jer.

Ini saje nak test tgk camner..

 

Beberapa benda yang baru nak berjalan ialah:

  1. twitter
  2. Mobile Apps
  3. Mobile Site (yang ini boleh cecah beratus untuk satu sale)

So, takat nih jer ler aku share, esok sambung lagi. Kita tengok apa cer….

Salam

–comment ek–

 

Kerajaan membenarkan murid membawa handphone dan gajet ke sekolah?

Salam sejahtera,

Dah lama saya tak update blog ini. Banyak kerja lain saya dok settlekan.

Kali nih saya nak cerita sikit pasal topik hangat; Murid boleh bawa handphone dan gajet ke sekolah.

So, apa pendapat korang tentang topik ni?

Kita tengok dari beberapa pandangan:

Pandangan Murid: 

Apa yang diorang boleh buat kalau ada handphone atau gajet-gajet ini?  Kalau kita fokus pada handphone ni, mereka mungkin akan sibuk ber SMS dengan rakan-rakan di kelas lain. Tapi perlu kita ingat satu perkara bahawa penggunaan handphone ni hanya selepas waktu sekolah. Tapi agak-agaknya, murid nih nak ke ikut peraturan sangat? Sedangkan, Guru suruh duduk diam, ulangkaji pelajaran atau buat latihan; mereka mungkin akan sibuk membuat perkara lain.

Contoh lah,

  • ” Jom, pasni kita lepak dalam toilet, aku gerak sekarang. Kita leh tangkap gambar dalam toilet. (trend facebook, ambil gambar dalam toilet.)
  • Ahmad, cikgu disiplin tgh on da way nak ke kelas ko tu, cepat suruh budak diam! (pergerakan guru diawasi… dah pulak cenggitu jadinya, sapa yang nak disiplin siapa nih?)
  • Hi awak!, nak berkenalan boleh? (dah mula gatal lar tuh… apa susah, jumpa jer cakap nak berkawan lagi senang dan jimat) 
  • Mula berlagak ngan kengkawan yang takde handphone, kawan tu terasa, then tetiba hilang.. (bukan nak kata kawan tu curi, kan dah kena cash dari Allah SWT) 
  • Macam-macam lagi

Kalo kita tgk dari sudut yang elok:

  • Mak, abah, adik hari nih balik lewat, ada latihan rumah sukan hari nih kat sekolah.
  • Abah, adik tunggu kat kantin sampai abah datang.
  • Adik ada kat sekolah ni, adik tak pergi mana mana. (menyatakan dia berada kat mana)
  • Mak, Adik tertinggal buku latihan, buku teks, beg sekolah, baju, seluar sukan kat rumah.. Boleh tolong hantarkan? (at least ada inisiatif untuk dapatkan barang yang tertinggal) 
Pandangan Mak dan Ayah: 
  • Senang lah nak tau anak kat mana. (good point, tapi kalo anak menipu bukan salah sekolah yer)
  • Senang nak beritahu anak yang mak atau ayahnya akan sampai ke sekolah lambat. (at least anaknya tau, good)
  • Kalo cikgu lebih2 skit, SMS atau call mak ayah, takpon MMS jer gambar atau record video.. (Kalau macam nih, mmg guru tak payah jadi guru dah, guru mengajar bukan hanya dari segi akademik sahaja, sukan dan juga DISIPLIN)

Tak semua parents akan bertindak begitu dan berkemungkinan ada atau pun tiada langsung yang akan bertindak extreme. Main point kat sini ialah untuk mereka ketahui gerak geri anak mereka di sekolah dan selepas waktu sekolah. Cikgu bukannya kaya pon kalau asyik di saman jer… habis periuk nasi orang tu nak kasi isteri dan anak-anak makan. Tapi kalo dah terluka, trauma ke budaknya, mungkin salah nya pada guru DAN juga murid tuh sendiri.

Kenapa 2 2 belah? sebab kedua-dua pon silap. Guru terlalu emosi dan murid terlalu degil tapi itulah hakikat nya. Ada murid bila di sekolah akan jadi Hero tapi di rumah hanya sebagai normal child yang tidak membuat sebarang masalah kerana ianya diawasi oleh ibu bapanya sendiri.

Tapi kalo guru tuh ter-over, maka mmg lah dia salah. Kalo murid yang over, macam mana pon 2 2 akan salah. Nak kata murid seorang yang salah, boleh, tapi tanpa ada calar balar atau trauma. Apa-apa pon pihak guru dan parents perlu bekerja sama dan sort things out instead of accusing one another or out of the blue.

Pandangan Guru:  

  • Makin banyak lar barang rampasan termasuklah gajet dan handphone kerana salah guna.
  • Perbuatan atau gerak geri guru bagaikan terbatas, kerana spt terasa diawasi oleh mata-mata teknologi tinggi ini. (We are human)
  • Kecoh barangan berteknologi tinggi ini banyak hilang dan memeningkan kepala guru-guru.
  • Guru dipandang hina kerana hanya memiliki handphone yang berteknologi rendah atau tidak mempunyai sebarang gajet.

Ini realiti yer, budak zaman sekarang bukan seperti zaman 80 atau 90-an. Teknologi tinggi ketika itu hanyalah overhead projector kot. Saya juga turut dipandang rendah kerana mempunyai handphone yang berteknologi rendah berbanding murid yang ketika itu mempunyai iphone dan berbangga kerana memilikinya. Mungkin kita boleh katakan, owh, perangai budak, biarkan lah.

Salah tu, kerana anggapan “kekurangan” yang dilontarkan oleh murid pada kita maka jatuhlah rasa hormat mereka kepada guru. Anda mungkin berkata “tidak”, henpon je kot, ilmu masih ada. Budak zaman sekarang sedikit berbeza dan tidak semua yang mengikuti perkembangan trend ini. Namun, ianya telah memberi satu “spark” kepada mereka atau laluan untuk “bergurau” dengan mengatakan contohnya ” apa lah cikgu nih, pakai fon tak update langsung, saya ada iphone lagi gempak”. Tutur kata beginikah yang kita mahu dengar daripada mereka?

Seperti yang saya katakan, kemungkinan perkara ini adalah sangat berbeza, bergantung kepada demografik sesuatu kawasan itu.

Apa yang saya senaraikan hanyalah sedikit dan hanyalah yang berbentuk ringan. Saya tidak mahu meletakkan beberapa perkara yang melibatkan kesalahan besar. Bak pepatah ” monkey see, monkey do”. Mereka masih kecil, tidak perlu dedahkan mereka kepada perkara-perkara yang tidak elok yang bakal menaikkan semangat curiosity mereka. Better safe than sorry.

Itu sahaja dari saya!

Terimalah hidangan lagu ini :)

Cepat betul masa berlalu

tup tap tup tap, cepat betul masa berlalu…

Nak update blog ni pon tak sempat… Banyak sangat kerja yang terhumban di atas kepala nih.

Dah setel satu, datang yang baru.. Macam mana nak setel..

Slow slow buat satu persatu bagi siap..

Esok nih ada taklimat lagi.. mau satu hari.. hoho pening pening.

Celik Dan Pejam

celik dan pejam

Salam semua!

Akhirnya dah beli domain name sendiri. Kalau tak selama nih guna domain name yang berlainan..

Then, dok terpikir.. domain nama sendiri tak beli lagi.. tup tap tup tap; terus cari..

dapat ler domain name nih: hazlanyahaya.com

 

So, hari nih bermulalah macam-macam aku nak letak post yang menarik,

maybe yang macam informasi, lawak, IM, dan apa apa jer ler yang aku rasa aku nak letak haha.

 

Korang semua leh lar follow blog nih, di alu-alukan sangat. leh bincang pelbagai topik!

Orait itu jer.

Jumpa lagi nanti